KOTA A' FAMOSA DI BANDAR HILIR
SINOPSIS
Kota A'Famosa merupakan pintu gerbang kubu di Melaka. Pintu gerbang ini merupakan peninggalan portugis dan sebuah kubu yang begitu mantap pada suatu masa dahulu.

Kubu ini dahulu mempunyai tembok yang panjang dan empat menara utama. Salah satu daripadanya ialah menara utama empat tingkat, manakala yang lain merupakan bilik simpanan senjata, kediaman kapten dan juga kuarters pegawai.
Kubu ini bertukar tangan pada tahun 1641 apabila orang Belanda berjaya mengusir Portugis dari Melaka. Mereka telah mengubah suai pintu gerbang tersebut pada tahun 1670 yang mana “ANNO 1670†boleh dilihat pada pintu gerbang itu.
Bayaran masuk adalah percuma.
PERKAMPUNGAN PORTUGIS
SINOPSIS
Perkampungan Portugis juga dikenali sebagai Mini Lisbon. Ia terletak 5km dari Bandar Melaka iaitu di Ujong Pasir, Melaka. Perkampungan ini mempunyai kira-kira 1,500 orang yang terdiri daripada 116 buah keluarga yang berbangsa Portugis dan mula bertapak di Melaka pada tahun 1930.

Perkampungan ini meliputi keluasan 13 ekar dengan 8 ekar daripadanya terdiri daripada penempatan penduduk dan selebihnya telah didirikan sekolah, padang dan taman permainan kanak-kanak. Ia merupakan sebuah perkampungan yang unik mengenai kehidupan masyarakat Portugis pada abad ke-16 dan mereka masih mengamalkan bahasa, budaya, lagu dan tarian Portugis sehingga hari ini.
PULAU BESAR
SINOPSIS
Pulau Besar mempunyai keluasan kira-kira 168 hektar dan merupakan pulau yang terbesar sekali di Melaka. Ia merupakan sebuah pulau di luar pantai Melaka. Terletak 15km daripada Bandar Melaka serta dihubungkan melalui pengangkutan air. Terdapat kemudahan feri disediakan di antara Tanah Besar iaitu di Jeti Anjung Batu dan juga kemudahan bot yang boleh disewa di Jeti Umbai, Melaka. Banyak lagenda dikaitkan dengan pulau ini. Pulau Besar dari jauh kelihatan seperti seorang wanita hamil yang sedang berbaring.

Pulau Besar dikatakan penuh dengan sejarahnya yang menjadi daya tarikan pelancong tempatan dan luar negara khususnya bagi mereka daripada keturunan India Muslim Malaysia dan Singapura. Di antara tempat pelancongan yang menjadi tumpuan adalah seperti Makam Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail, Makam Syarifah Rodziah, Makam Saiyid Ibrahim (R.A), Batu Tengkorak, Pokok Disula, Tasik Biawak, Batu Belah, Keramat Masin Tawar, Istana Bunian, Perkampungan Bunian, Gua Yunus, Keramat Ular, Makam Nenek Kebayan, Makam Tok Janggut, Makan Seribu, Makam Tujuh Beradik, Makam Nisan Satu, Tapak Kaki Sultan Arifeen dan sebagainya. Pulau ini dianggap suci oleh orang-orang tempatan dan pelancong dinasihatkan untuk berkelakuan baik apabila berada di pulau ini.
GEREJA ST PAUL
SINOPSIS
Gereja ini dibina oleh seorang kapten Portugis iaitu Duate Coelho. Orang Portugis menamakannya “Our Lady of the Hill†tetapi pihak Belanda kemudian menamakannya semula sebagai “Gereja St. Paul’sâ€. Ia juga digunakan sebagai tempat persemadian bangsawan Belanda.
St. Francis Xavier yang meninggal dunia di pantai Negara China pada tahun 1552 telah disemadikan di sini buat seketika di dalam kubur yang terbuka sebelum dipindahkan ke Goa, India. Patungnya yang dibina di Melaka tidak mempunyai tangan kanannya yang menunjukkan bahawa mayat beliau di Goa tidak mempunyai tangan kanan.
Pada 1952, Biskop Macau membuat keputusan untuk meletakkan patung St. Xavier di depan Gereja St. Paul. Sebuah patung marmar ditempah di Itali dan diukir oleh pengukir Itali terkenal, G Toni, dan ia telah siap untuk perayaan seratus tahun keempat pada Mac 22, 1953.

Pada 1952, Biskop Macau membuat keputusan untuk meletakkan patung St. Xavier di depan Gereja St. Paul. Sebuah patung marmar ditempah di Itali dan diukir oleh pengukir Itali terkenal, G Toni, dan ia telah siap untuk perayaan seratus tahun keempat pada Mac 22, 1953.
MAKAM DOL SAID
SINOPSIS
Dol Said atau nama penuhnya Dato’ Abdul Said merupakan seorang pemerintah kesembilan Naning di Melaka. Beliau membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh British dan ini menyebabkan konflik yang dikenali sebagai Perang Naning, yang berlaku pada 1831.
Beliau menggunakan kebijaksanaannya dan dengan bantuan daripada perikatan Melayu yang lain, termasuk Seri Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar, beliau telah dapat mengalahkan pihak British dalam serangan pertamanya.
Dalam serangan kedua, Naning tidak berjaya mendapat bantuan daripada jiran-jirannya malah Yam Tuan Muda Raja Ali di Rembau membantu pihak British dengan menghantar 600 orang bagi mengukuhkan tentera mereka. Dol Said terpaksa berundur ke Sri Menanti dan seterusnya menyerah kalah, sekali gus mengakhiri perang tersebut. British menggabungkan Melaka dan Naning dan Dol Said diberikan tempat tinggal di Melaka. Dol Said dan orang Naning telah dikhianati oleh orang Melayu Rembau. Cerita Perang Naning ini tidak dibesar-besarkan walaupun orang Melayu yang memenangi Perang Naning Pertama dan British pada masa itu merupakan kuasa dunia yang sebenarnya. Perang ini menjadikan Dol Said seorang wira dalam sejarah Melayu.
Beliau menggunakan kebijaksanaannya dan dengan bantuan daripada perikatan Melayu yang lain, termasuk Seri Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar, beliau telah dapat mengalahkan pihak British dalam serangan pertamanya.

PANCURAN AIR RATU VICTORIA
SINOPSIS

KUBU ST JOHN
SINOPSIS
Kubu St. John telah dibina oleh orang Belanda pada 1760 untuk melindungi daripada serangan daripada arah darat. Pada masa itu, orang Melayu yang gelisah sudah mengatur langkah untuk cuba menyerang Melaka. Inilah sebabnya Kubu St. John mempunyai satu ciri yang tersendiri iaitu meriam yang menghadap ke pedalaman. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa meriam yang menghadap ke laut. 
Kubu ini yang terletak di atas Bukit Senjuang merupakan tapak gereja kecil yang ditujukan kepada John the Baptist. Pada masa ini, perayaan St. John the Baptist masih diraikan oleh orang Katolik pada 23 Jun dengan penyalaan ribuan lilin di rumah-rumah di bandar ini

Kubu ini yang terletak di atas Bukit Senjuang merupakan tapak gereja kecil yang ditujukan kepada John the Baptist. Pada masa ini, perayaan St. John the Baptist masih diraikan oleh orang Katolik pada 23 Jun dengan penyalaan ribuan lilin di rumah-rumah di bandar ini
No comments:
Post a Comment